Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Kolej Islam dan Jabatan Agama Islam Perak | 29 Sept 2010





29 September 2010 Bersamaan 20 Syawal 1431H

Pada hari ini satu Memorandum Persefahaman telah ditandatangani antara Kolej Islam Darul Ridzuan(KISDAR) dan Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) bagi program kerjasama pendidikan, penyelidikan, penerbitan serta pengelolan seminar dan latihan.Di bawah Memorandum ini kedua-dua pihak sebagai rakan kongsi akan berganding bahu untuk melaksanakan pelbagai program-program intervensi yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran modal insan, pertukaran informasi terkini di antara kedua belah pihak berjaya menghasilkan produk-produk untuk dikongsi bersama masyarakat.

Inisiatif dan usaha komitmen yang kuat dari JAIPk sebagai agensi kerajaan yang bermisi memberikan perkhidmatan yang berkesan kepada masyarakat negeri Perak melalui pendidikan, pembudayaan dan pengawalan, sudah tentu ianya amat bertepatan dengan jalinan kerjasama yang dimeterai pada hari ini malah adalah sewajarnya langkah ini menjadi contoh dan tauladan kepada agensi yang lain.

Usaha dan Langkah yang dilakukan oleh JAIPk ini selaku badan yang bertanggungjawab secara langsung kepada hal ehwal agama Islam di negeri Perak sememangnya tepat pada masanya sebagai hasrat kerajaan negeri Perak melalui Perak Aman Jaya bagi melahirkan masyarakat berkemahiran, berilmu dan berintegriti.

KISDAR selaku institusi pendidikan negeri berharap jalinan kerjasama ini adalah sebagai pembakar semangat warga kerja kearah merealisasikan penubuhan kolej universiti seterusnya menjadi penyumbang utama pendidikan yang seimbang kepada rakyat di negeri Perak.

Upacara menandatangani Memorandum Persefahaman ini disempurnakan oleh Datuk Mohammad Yusoff Hussain,Rektor Kolej Islam Darul Ridzuan dan Dato' Sheikh Mohamah Nor Mansor Al-Hafiz, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak dan disaksikanoleh YB Dato' Haji Mohd Zaim Abu Hassan Pengerusi Kolej Islam Darul Ridzuan.